KEPENTINGAN PEMAKANAN SUKAN
Sebagai ahli sukan atau mereka yang mempraktikkan gaya hidup aktif harus mengetahui asas pemakanan ahli sukan bagi memastikan kesihatan tubuh badan, membekalkan tubuh dengan nutiren yang mencukupi, mengetahui pemakanan bersesuaian saat kecederaan dan bagi memastikan cara pemakanan kita membantu untuk mencapai target yang kita inginkan.
PEMAKANAN SEIMBANG
Pemakanan seimbang terdiri daripada 3 komponen utama. Karbohidrat, Protein dan Lemak. Untuk pencapaian maksima kita perlu memberi perhatian kepada pengambilan air, vitamin dan mineral juga. Selain itu pastikan pengambilan makanan kita adalah pelbagai, sederhana dan seimbang.
ASAS PEMAKANAN SUKAN
Secara fahaman sederhana kita asas pemakanan sukan adalah mengetahui pengambilan asas makanan harian, pemakanan sebelum semasa dan selepas latihan, pemakanan untuk pemulihan jika tercedera serta pemakanan keperluan spesifik untuk target tertentu, contohnya pengambilan suplemen protein untuk membina otot.
No comments:
Post a Comment