Wednesday, 29 May 2024

PIRAMID MAKANAN, ASAS PANDUAN NUTRIEN HARIAN



 1. Kumpulan Sayuran / Buah-buahan Di Tangga Pertama Piramid

Kumpulan makanan sayur-sayuran dan buah-buahan diletakkan pada dasar piramid, Ini bermakna sayur-sayuran dan buah-buahan perlu diambil dengan jumlah yang paling banyak berbanding kumpulan makanan lain, iaitu sekurang-kurangnya 3 sajian sayur-sayuran dan 2 sajian buah-buahan setiap hari.Buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan sumber vitamin dan mineral yang penting dalam meningkatkan keupayaan badan melawan penyakit. Membekalkan serat, vitamin, mineral dan fitokimia yang membantu menguatkan ketahanan (imuniti) badan.

Ia juga boleh mencegah penyakit kronik serta termasuk dalam makanan anti-kanser. Utamakan buah-buahan yang segar.


Jumlah sajian yang disyorkan:

Sayur-sayuran – 3 sajian sehari.

Buah-buahan – 2 sajian sehari.


Contoh satu sajian sayur-sayuran:

½ cawan sayur berdaun hijau dimasak.

½ cawan sayuran buah atau berakar dimasak.

1 cawan ulam mentah.


Contoh satu sajian buah-buahan:

1 biji sederhana epal / pear / lai / mangga.

1 potong betik, nenas atau tembikai.

2 biji pisang emas / 1 biji pisang berangan.

8 biji kecil anggur.


2. Kumpulan Karbohidrat Terletak Di Tangga Kedua

Saranan pengambilan sumber karbohidrat kompleks dan tinggi serat seperti beras perang, roti bijirin penuh, oat dan jagung. Karbohidrat adalah sumber utama karbohidrat yang membantu membekalkan tenaga, iaitu sebanyak 50-55% daripada jumlah tenaga harian. Ia juga membekalkan serat, vitamin dan mineral.

4-8 sajian sehari adalah diysorkan.


Contoh satu sajian:

1 cawan (2 senduk) nasi sederhana.

1 cawan mee kuning.

1 ½ cawan bihun atau laksa.

1 cawan bijirin sarapan.

6 keping biskut krim kraker.

2 keping roti.

2 cawan bubur nasi kosong.

2 biji ubi kentang sederhana.


3. Kumpulan protein Di Tangga Ketiga Piramid

Ikan, ayam, daging dan kekacang. Ini adalah sumber protein yang penting untuk badan. Lebihkan pengambilan ikan. Pilih daging dan ayam yang kurang kolesterol seperti membuang kulit ayam.


Jumlah sajian yang disyorkan:

½ – 2 sajian ayam, daging dan telur sehari.

1 sajian ikan sehari.

½ – 1 sajian kacang sehari.


Contoh satu sajian ayam, daging dan telur:

1 ekor ikan kembung saiz sederhana.

2 ketul daging tanpa lemak.

1 ketul peha ayam.

⅔ sudu makan ikan bilis tanpa kepala.

2 biji telur.

2 keping tempeh.


4.  Susu dan produk tenusu.

Makanan ini merupakan sumber protein, kalsium dan pelbagai jenis vitamin penting termasuk vitamin A dan B12. Ini antara komponen kepentingan piramid makanan.

1-3 sajian sehari susu dan produk tenusu adalah disyorkan sehari.


Contoh satu sajian:

1 gelas susu (250 ml).

1 keping keju.

1 cawan yogurt.

4 sudu makan susu tepung.


5.  Lemak, Minyak, Gula dan Garam

Makanan di aras ini perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Pengambilan berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit seperti sakit jantung, obesiti dan kencing manis.


6. Saranan Pengambilan 6-8 Gelas Air Kosong

Saranan pengambilan 6-8 gelas air kosong sehari untuk memastikan tubuh kekal sihat.

No comments:

Post a Comment