1) Pelarut yang membawa nutrien ke seluruh tubuh
2) Membantu dalam mengawal suhu badan
3) Mengekalkan isipadu darah
4) Untuk mengelakkan sembelit
5) Medium untuk metabolisma badan
6) Untuk proses pencernaan makanan
Kekurangan air atau Dehidrasi menyebabkan tubuh badan tidak berfungsi dengan baik. Kehilangan berat badan sebanyak 2% atau lebih menyebabkan prestasi sukan menurun. Tahukah anda jika anda berasa dahaga ini adalah petanda anda sudah mengalami dehidrasi.
Simptom Dehidrasi:
1) Urin yang pekat dan gelap
2) Letih
3) Loya
4) Sakit Kepala
5) Rasa haus
6) Mulut dan Lidah kering
7) Kekejangan otot
8) Kulit kering
9) Kesukaran menelan
10) Mata cengkung
11) Celaru
12) Dahaga
13) Tak tahan panas
14) Pening, Mual
Kesan buruk Dehidrasi:
1) Pengeluaran peluh menurun
2) Suhu badan meningkat
3) Fungsi jantung menurun
4) Prestasi sukan menurun
5) Darah menjadi pekat
6) Kurang tenaga sampai ke otot
7) Memperlahankan pengangkutan nutrien
Bagaimana mengetahui badan anda kekurangan air?
Jika tubuh badan anda cukup air,
1) pengeluaran urin akan berlaku sekitar 4-5 kali sehari,
2) kuantiti urin yang banyak dan
3) warna urin jernih.
Jika anda kekurangan air pengeluaran urin adalah sedikit , pekat dan warnanya bertambah gelap. Anda boleh menimbang berat badan sebelum latihan atau senaman dan berat selepas. Lihat perbezaan perubahan berat badan tersebut. Darab dengan 1.5, maka anda akan mendapat jumlah air yang perlu diganti semula dalam jangka masa 24 jam
Contoh
Berat sebelum 70kg
Berat selepas 68kg
Kehilangan air 2kg x 1.5 (formula) = 3 Liter air yang perlu digantikan semula
Tips Penjagaan Hidrasi:
1) Dahaga bukan petunjuk kepada keperluan air
2) 10-15 minit sebelum latihan atau senaman bermula sentiasa minum air 250ml
3) gunakan sebaik mungkin setiap peluang (masa rehat) yang ada untuk minum mengikut tahap tolerasi anda contohnya 200ml setiap 30 minit bersenam
4) sesuaikan kadar pengambilan air mengikut cuaca persekitaran jika panas tubuh perlukan lebih air berbanding ketika cuaca redup.
5) setelah latihan minum air 500ml

No comments:
Post a Comment